Ayam Masak Merah

Bahan-bahan:
4 ketul ayam
1 biji bawang besar-hiris bulat
6 biji cili kering giling
1 biji tomato-belah 4
3 cb.tomato puri
2 cb.minyak masak
5 ulas bawang merah hiris
50 gm.kacang pis segar
2 ulas bawang putih halus
1 gm.kulit kayu manis
1 ulas halia
¼ ct.serbuk jintan manis
¼ ct.serbuk jintan putih
¼ ct.serbuk ketumbar
½ ct.serbuk kunyit
150 ml.santan(1/4 biji kelapa)
garam secukup rasa

Cara-cara:
1. Bersihkan ayam dan perap dengan garam,lada sulah dan serbuk kunyit.Goreng sedikit.
2. Pijarkan minyak.Tumis bahan giling dan rempah-rempah hingga wangi.Masukkan cili giling,tumis hingga garing.Masukkan tomato puri,air,gula,garam dan santan.Biar mendidih,kemudian masukkan ayam yang telah di goreng sedikit.
3. Biar mereneh hingga pekat dan jadi empuk.
4. Masukkan kacang pis segar,tomato dan bawang besar.
5. Sesuaikan rasa,angkat dan hidangkan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.