Beriani Ayam

Bahan-bahan:
– 4 ketul dada ayam
– Garam
– 10 camb.minyak sapi
– 1 cams pati tomato
– 1 biji bawang besar (hiris dan goring)
– 60 gm gajus goreng –hiasan
– daun ketumbar – hiasan
– ½ biji bawang besar (hiris nipis)
Kisar halus dan perap selama 1 jam:
– 1” halia
– 4 ulas bawang putih
– 1 biji cili merah
Potong kasar dan perap selama 1 jam:
– 1 ikat daun ketumbar
– ½ ikat daun pudina
Perap selama 1 jam:
– 2 biji tomato
– 3 camb.rempah beriani
– 1 ct. serbuk lada hitam
– 50 ml air
– ½ cawan tairu
Bahan penumis:
– ½ batang kulit kayu manis
– 2 biji buah pelaga
– 2 bunga cengkih
Kisar halus:
– 3 biji badam
– 3 biji gajus

Cara-cara:
1. Panaskan minyak sapi dan tumiskan bahan penumis hingga wangi dan masukkan ayam dan sedikit air dan biarkan mendidih.
2. Kecilkan api dan masukkan badam, gajus, pati tomato,bawang goreng dan masak hingga pekat.
3. Sesuaikan rasa dan hidangkan.

Ayam Percik

Bahan-bahan:
1 ekor kecil ayam potong 4
4 biji buah keras
1 cams. serbuk kunyit
4 biji cili merah
1 biji lengkuas
2 batang serai
250 ml santan pekat(1 biji kelapa)
4 camt.serbuk jintan manis
garam,asam jawa.

Cara-cara:
1. Masukan bahan giling ke dalam santan pekat.
2. Masukan garam,gula untuk perasakannya.Masak hingga pekat.
3. Panggang ayam diatas api dan percikkan kuah beberapa kali diatas ayam hingga rata.
4. Hidangkan dan hias dengan daun salad,tomato dan timun.

Ayam Masak Merah

Bahan-bahan:
4 ketul ayam
1 biji bawang besar-hiris bulat
6 biji cili kering giling
1 biji tomato-belah 4
3 cb.tomato puri
2 cb.minyak masak
5 ulas bawang merah hiris
50 gm.kacang pis segar
2 ulas bawang putih halus
1 gm.kulit kayu manis
1 ulas halia
¼ ct.serbuk jintan manis
¼ ct.serbuk jintan putih
¼ ct.serbuk ketumbar
½ ct.serbuk kunyit
150 ml.santan(1/4 biji kelapa)
garam secukup rasa

Cara-cara:
1. Bersihkan ayam dan perap dengan garam,lada sulah dan serbuk kunyit.Goreng sedikit.
2. Pijarkan minyak.Tumis bahan giling dan rempah-rempah hingga wangi.Masukkan cili giling,tumis hingga garing.Masukkan tomato puri,air,gula,garam dan santan.Biar mendidih,kemudian masukkan ayam yang telah di goreng sedikit.
3. Biar mereneh hingga pekat dan jadi empuk.
4. Masukkan kacang pis segar,tomato dan bawang besar.
5. Sesuaikan rasa,angkat dan hidangkan.